Selepas melakar kemenangan pertama musim ini, Negeri Sembilan FC (NSFC) berhasrat untuk meneruskan rentak terbaik pada pertembungan dengan Sabah FC, dalam saingan Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam esok. Meskipun beraksi di tempat lawan, skuad Hobin Jang Hobin tidak rela perjalanan untuk memacu kejayaan pasukan tersekat selepas menewaskan Sri Pahang FC (SFC).
Justeru, ketua jurulatih Azzmi Ab Aziz, mahu pemain Negeri Sembilan meneruskan persembahan terbaik dan berusaha mendapatkan kemenangan walaupun kelebihan memihak kepada skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee.
Katanya, kemenangan ke atas Sabah perlu direalisasikan untuk membolehkan pasukan dapat meneruskan saingan dengan baik dalam liga.”Selepas berjaya meraih kemenangan pertama, kini pemain berpeluang untuk membuktikan prestasi terbaik masing-masing bagi memacu kejayaan pasukan dengan menambah kutipan mata apabila turun menentang Sabah, esok.
“Walaupun beraksi di tempat lawan, ia tidak seharusnya menjadi penghalang buat mereka untuk meneruskan rentak terbaik dan berusaha mendapatkan kemenangan.
sumber:BH
Azzmi mengakui lega susulan persiapannya menghadapi Sabah berjalan lancar apabila tiada mana-mana pemain utama yang menghadapi masalah kecederaan atau penggantungan kad.
Justeru itu, pengendali kelahiran Ampang, Selangor itu berhasrat untuk menurunkan barisan terbaik termasuk gandingan Takumi Sasaki dan Mika Junco atau Muhammad Hadin Azman bagi menerajui jentera serangan.