Kuala Terengganu: Sebagai tanda penghargaan buat peminat setia, Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd mengumumkan penurunan harga tiket perlawanan Liga Super menentang Negeri Sembilan FC (NSFC), Selasa ini.
Berita gembira buat peminat setia skuad Penyu itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Sabri Abas sebagai tanda penghargaan buat peminat setia yang sentiasa membanjiri stadium setiap kali pasukan beraksi di tempat sendiri.
Tambahnya, penurunan harga tiket itu juga sebagai galakan kepada semua peminat terutama yang tinggal berjauhan dengan stadium sekali gus bakal mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung sebelum menyaksikan perlawanan.
Terdahulu pihak TFC Sdn Bhd mengumumkan jualan tiket secara dalam talian dan fizikal bagi penyokong biasa dewasa adalah sebanyak RM15 sekeping berbanding harga biasa sebanyak RM20.
BACA:
https://mediasentap.com/kini-semuanya-sudah-terjawab/
https://mediasentap.com/sekali-lagi-menjadi-sasaran/
Bagi penyokong kanak-kanak bawah 12 tahun, mereka boleh memasuki stadium secara percuma berbanding RM10 bagi setiap tiket sebelum ini.
“Bagi ahli kelab TFC, harga tiket sebelum ini berjumlah RM15 bagi setiap keping akan diturunkan kepada RM10 sebagai tanda penghargaan dan terima kasih selain kita mahu menjadikan perlawanan berdepan NSFC sebagai hari keluarga buat semua peminat.
sumber: HM
“Kita harapkan peminat dapat bersama memenuhi stadium sekali gus menyuntik semangat pemain untuk kembali melakar kemenangan selepas tumpas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) 0-4 Jumaat lalu,” ujarnya.
Terdahulu ketika aksi separuh akhir pertama Piala FA menentang Selangor FC pada 19 Julai lalu, kutipan tertinggi berjaya dicatat dengan melebihi 32,000 penonton yang hadir bagi menyaksikan perlawanan itu.