Saya cemburu perlawanan JDT lawan Selangor dan TFCBekas jurulatih negara, Kim Pan-gon, pulang ke pangkuan keluarga nya di Hong Kong hari ini pulang dengan ada rasa sebal di dada walaupun meninggalkan legasi bernilai dalam sejarah bola sepak moden tanah air.
Dalam laporan khas wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, menjelaskan bahawa pencapaian yang disebut dalam tempoh singkat jurulatih berusia 55 tahun itu di bumi bertuah ini sebenarnya gagal dalam mendidik unsur paling penting dalam jiwa pemain bola sepak sebenar.
Dalam temubual eksklusif bersama Astro Arena, Pan-gon mendedahkan dia tidak berjaya dalam misi menanam semangat patriotisme dalam kalangan pemain-pemain negara.
Pada pandangannya, semangat kenegaraan pemain negara terlalu nipis, dengan meletakkan keutamaan skuad kebangsaan bukan di posisi utama seperti yang sepatutnya.
“Pada saya ini adalah sesuatu yang hilang dan saya rasa tidak berjaya capai, Kita perlu fikir kepentingan semangat patriotisme berjuang untuk negara.
“Saya tidak mahu bercakap banyak kerana mereka pemain profesional, saya hanya mahukan lebih komitmen dalam patriotik dan itu yang saya tekankan, saya rasa kita perlukan lebih perkara itu,” kata Kim Pan-gon.
Kekebalan dia bukan hanya terarah kepada pemain, malah kehadiran penonton ke stadium juga sebenarnya dalam penilaian pengendali ini.
Ada nada cemburu gagal di selindung Pan-gon apabila merujuk kepada perbezaan kehadiran aksi final saingan Liga Malaysia yang jauh lebih meriah jika di bandingkan dengan kehadiran penyokong malaysia dalam aksi membabitkan skuad negara.
“Saya sentiasa cemburu kerana bila hadir menyaksikan JDT lawan Selangor serta Terengganu. Saya sentiasa cemburu kerana separuh stadium dipenuhi penyokong masing-masing. Kenapa mereka tidak hadir memenuhi pakaian kuning memenuhi stadium (ketika Harimau Malaya beraksi).
sumber:- stadium astro
“Berkenaan situasi Malaysia, berapa jumlah perlawanan yang mereka main tidak cukup dalam setahun berbanding Korea Selatan dan Eropah yang telah melalui perlawanan.” katanya kepada Nadi Arena.