“Saya akui pemain tidak bertahan sebagaimana yang kami harapkan terutama selepas kita mendahului dengan dua jaringan hampir penghujung babak pertama.
“Bagaimanapun saya perlu bercakap jujur pada separuh masa pertama permainan pasukan lawan beraksi dengan baik dengan kerap mengancam kubu gol kami, pasukan lawan juga bagus hampir sama dengan Johor dan kami, mereka berhak mendapat satu jaringan pada akhir babak pertama.
“Malah pada awal babak kedua skuad lawan berjaya menyamakan kedudukan sekali gus memberi kebimbangan kepada saya, tapi dengan perubahan permainan dan pertukaran pemain, kami berjaya mengimbangi lawan dan seterusnya berjaya mencipta gol ketiga pasukan,” katanya.
Pada perlawanan yang disaksikan peminat paling ramai dalam saingan Liga Super setakat musim ini dengan hampir 32,000 penyokong yang hadir ke stadium, skuad Penyu terlebih dahulu di depan menerusi sepakan percuma Safawi Rasid dan rembatan jarak jauh Nurillo Tukhtasinov pada babak pertama perlawanan.
sumber: BH
Bagaimanapun skuad kendalian Mohd Nidzam Jamil itu tidak mengalah dengan bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Alvin Fortes dan Noor Al Rawabdeh sebelum peny3rang tinggi lampai tuan rumah, Ismaheel Akinade mencetak gol kemenangan dalam aksi yang begitu mendebarkan itu.