Malaysia ke separuh akhir selaku Juara

Walaupun seri 1-1 berdepan Thailand dalam aksi terakhir Kumpulan C Kejuaraan B-19 Asean 2024, hari ini, skuad Bawah 19 Tahun (B-19) negara muncul juara kumpulan.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya itu, Thailand terlebih dahulu berada di depan selepas meraih jaringan pada minit keempat menerusi Caelan Tanadon.

Bagaimanapun, skuad bimbingan Juan Torres Garrido itu menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti G Pavithran pada minit ke-47.

Kedua-dua pasukan yang sudah mengesahkan slot ke separuh akhir gagal untuk menambah jaringan sehingga perlawanan tamat.

Malaysia yang juga juara bertahan akan berdepan tuan rumah, Indonesia yang muncul juara Kumpulan A dalam aksi separuh akhir pada Sabtu ini.

sumber: HM

Sementara itu, Thailand yang muncul pasukan naib juara terbaik daripada tiga kumpulan bakal berdepan Australia.

Australia yang muncul juara Kumpulan B mencatat rekod cemerlang tiga kemenangan berturut-turut menumbangkan Vietnam, Myanmar dan Laos.