kini semuanya sudah terjawab

KUALA LUMPUR: Sekiranya sebelum ini hanya sebagai khabar angin namun kini semuanya sudah terjawab apabila Park Jun-heong diumumkan sebagai pemain Johor Darul Ta’zim (JDT).

Dalam satu hantaran di laman sosial Instagram officialjohor, JDT mengumumkan kehadiran pemain dari Korea Selatan itu yang sebelum ini mewakili kelab dari Liga Thailand, Ratchaburi FC.

Pada penghujung Mei lalu, kelab dari selatan tanah air itu dilaporkan berjaya mendapatkan khidmat pemain pertahanan berkenaan bagi menghadapi separuh masa kedua saingan Liga Malaysia musim ini dan juga saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Pemain berusia 31 tahun itu turut mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan Liga Portugal dan kembali bermain di Korea Selatan dengan Suwon Samsung Bluewings serta Kitchee di Hong Kong.

sumber:-BH

Jun-heong tentunya bakal menambahkan lagi persaingan di posisi pertahanan tengah yang turut diisi Jordi Amat, Shane Lowry dan Feroz Baharudin.