Dua tonggak utama dijangka tidak dapat diturunkan

Alor Setar: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bakal menempuh cabaran sukar pada aksi Liga Super menentang Kuching City FC (KCFC) di Stadium Darul Aman, Jumaat ini apabila dua tonggak utamanya cedera.

Ketua jurulatih, Nafuzi Zain berkata, dua tonggak utama iaitu bek kanan, Rizal Ghazali dan pemain sayap kanan, Sukhrob Nurulloev dijangka tidak dapat diturunkan akibat cedera ketika separuh akhir pertama Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman sendiri, Jumaat lalu.

“Saya jangka dua pemain itu tidak dapat diturunkan pada aksi menentang Kuching City, Jumaat ini.

“Berikutan ketiadaan mereka, kami perlu bersiap sedia dengan pemain gantian yang diyakini mampu menggalas posisi itu dan saya berharap kami memiliki kekuatan seimbang melalui misi ditetapkan secara berpasukan.

“Saya berharap misi meraih tiga mata dapat diteruskan untuk memastikan kedudukan lebih baik dalam liga,” katanya selepas latihan di Jitra, semalam.

Nafuzi berkata, walaupun beraksi di laman sendiri dengan rekod dua kemenangan Liga Super sebelum ini ke atas Penang FC dan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), misi berdepan Kuching City dijangka cukup mencabar.

sumber: HM

Katanya, skuad lawan mampu hadir dengan pelbagai kejutan selepas mengikat Terengganu FC (TFC) serta memaksa Selangor FC berhempas pulas di suku akhir Piala FA.