Terengganu bagaikan tiada jawapan untuk mengekang situasi bola pegun Selangor.
Rumusan itu disuarakan pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner, berikutan kegagalan barisannya dalam mengekang situasi bola mati Selangor yang menjadi punca anak buah tersungkur 1-4.
Tuan rumah memadam kelebihan Sang Penyu untuk kemenangan agregat 6-4 melalui hatrik sentuhan berbisa ketua pasukan, Safuwan Baharudin, di Stadium MBPJ, sebentar tadi, sekali gus menjamin tiket perlawanan akhir Piala FA pada 24 Ogos ini.
“Yang pertama sekali tahniah kepada Selangor, mereka telah tumbangkan kami 4-1. Saya doakan semoga berjaya dalam final.
“Selepas enam minit, kami ketinggalan 0-2 (dihukum) oleh pemain yang sama.
“Kemudian kami dapat beraksi dengan lebih baik dan menyumbat satu gol.
“Malah, selepas gol ketiga Selangor pun kami masih mampu bersaing.
“Selepas tujuh sepakan penjuru, Selangor dapat menghasilkan jaringan menerusi pemain serupa. Setiap sepakan penjuru mereka cukup berbahaya,” katanya selepas perlawanan.
Enggan melanjutkan rungutan robohnya taktikal yang diterapkannya, Steinbruckner menjelaskan: “Selepas pertukaran permainan pun berubah cuma kami gagal hasilkan jaringan.
sumber: SA
“Saya tidak dapat merungut banyak tentang soal ini selain daripada sepakan penjuru pihak lawan.
“Ia memerlukan ketekalan, pergerakan dan tumpuan.”