Tiga tonggak Utama Tidak Dapat Diturunkan

Alor Setar : Kedah Darul Aman FC (KDA FC ) tetap menaruh harapan yang tinggi untuk melangkah ke final Piala FA musim ini meskipun perlu menempuh laluan cukup berliku pada aksi separuh akhir kedua menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Ahad ini.

Menurut Nafuzi, pemainnya perlu berjuang habis-habisan dan memperagakan aksi luar biasa di tempat lawan sekiranya ingin memastikan impian ke final seperti musim 2019 dapat dicapai.

Pada aksi separuh akhir pertama sebelum ini, KDA tewas 1-2 kepada JDT di Stadium Darul Aman,19 Julai lalu.

“Walaupun ketinggalan satu gol dan sedar aksi ini sangat sukar buat kami, namun kami bertekad untuk memburu kemenangan pada aksi kedua ini kerana impian kami juga hendak ke final dan itu tidak mustahil. Kami mahu terus mencuba sepanjang 90 minit perlawanan itu.

“Apa yang kami perlu lakukan adalah mencuba dengan sebaik mungkin, gandakan lagi semua usaha yang kami telah lakukan pada perlawanan lalu dan perlu mengatasi kelebihan yang ada pihak lawan yang akan beraksi di laman mereka sendiri,” katanya.

Dalam pada itu Nafuzi mahu keseluruhan jentera pasukannya kekal teguh disebalik setiap dugaan dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh skuad kendaliannya termasuk ketiadaan tiga tonggak utamanya dalam pasukan yang tidak dapat beraksi pada perlawanan penting itu.

“Ketiadaan tiga tonggak utama itu ialah Rizal Ghazali, Sukhrob Nurullaev yang masih belum bersedia untuk beraksi akibat kecederaan dan juga penyerang Syafiq Ahmad yang tidak dapat diturunkan kerana berstatus pemain pinjaman.

sumber: HM

“Namun saya tetap yakin dengan pemain lain yang akan menggalas tugas berat. Pemain perlu membawa bekalan semangat dan keyakinan yang cukup tinggi dalam diri,” katanya.